Assalamualaikum
Sekolah saya memulakan kelas bimbingan Januari. Ada banyak kelas bimbingan..nama aje yang berbeza. Kelas pertama bemula pukul 7:00 pagi - 7:30 pagi , Isnin hingga Khamis mengikut giliran matapelajaran.. Kelas Hari Sabtu pulak bermula 8 -12:30 tgh. Sekarang ni ditambah dengan kelas petang Isnin dan Selasa bermula 2:30 - 4:00 ptg. Fuh! banyakkan?
Suami saya pernah bertanya..
kelas tambahan ni membantu tak?
peruntukan 7 waktu seminggu ..tu tk cukup ke?
Saya rasa peruntukan 7 waktu seminggu tu memang tk cukup. Sebab saya ada 3 orang murid yang lemah yang kerap tak hadir sekolah. saya terpaksa mencari masa lain untuk mengajar semasa mereka datang ke sekolah. Biasanya saya ambil subjek bukan teras..Bahasa Arab, PSV dll.
Untuk menjadikan kelas bimbingan ni membantu meningkatkan prestasi pelajar....saya pastikan setiapkali pnp murid -murid itu berada dalam kumpulan kecil. Nak bimbing mestilah dalam kumpulan kecil, kalau boleh pnp secara individu...
Kelas Hari Sabtu (2 jam)
Kelas Sabtu ada 2 kumpulan. Kumpulan A dan B berada dalam kelas yang berasingan. Kumpulan A menjawab ujian selama 1 jam. Semasa mereka menjawab soalan, saya berada di kelas sebelah mengajar kumpulan B pulak. Biasanya saya akan berbincang ttg kemahiran yang sukar dan meminta mereka bekerja dalam kumpulan dan menunjukkan kerja mengira di papan hitam. Selepas 1 jam..saya berikan kumpulan B ujian pulak... dan saya bergerak ke kelas sebelah iaitu Kumpulan A. Selepas menanda jawapan saya buat analisis item dan post mortem iaitu membincangkan 2 atau 3 soalan ramai salah. Semasa kumpulan A membuat pembetulan.. saya akan bergerak ke kelas sebelah untuk menanda jawapan dan merekodkan markah.
Kelas Pagi (30 minit)
Saya juga guna teknik yang sama. Saya mengajar kumpulan B dan Kumpulan A diajar oleh rakan saya.
Kelas Petang (1 1/2 jam)
Kelas dibahagikan kepada 4 kumpulan dan diajar oleh 4 orang guru. Kelas petang agak mencabar... sebab cikgu mengantuk..murid pun dan penat. Jadi kita perlukan satu aktiviti yang menarik. Murid saya suka menjawab soalan secara online, kerja berkumpulan dan menulis kerja mengira di papan hitam serta menyedia dan melengkapkan buku nota.
wassalam.